17 August 2010

Fakta-fakta Menarik Mengenai Alam Haiwan

1. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.


2. Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.


3. Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.


4. Kita boleh menghipnosis seekor ayam dengan memegangnya dan kemudian melukis satu garisan di atas tanah berkali-kali.  Ayam tersebut akan berada di tempat tersebut selama mana yang kita kehendaki.


5. Kuda laut betina mengeluarkan telur ke dalam kantung di perut kuda laut jantan. Jantan akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung dan mensenyawakan telur. Selepas terbentuknya embrio, jantan akan melahirkan kuda laut yang kecil.


6. Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci. 


7. Cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan.


8. Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.


9. Jika anda memberi gula kiub kepada rakun, ia akan cuba membersihnya (kerana rakun membersih semua makanannya sebelum makan). Ia akan membersihnya berkali-kali sehingga akhirnya gula kiub tersebut larut.


10. Burung penguin jantan akan mengeram  sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak  makan dan akan hilang 40% dari berat badannya


0 Sweet Roses!:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More